UMNO, UNTUK ORANG KERDAU

Saturday 9 February 2013



KUANTAN 8 Feb. - Keamanan negara pada masa kini seharusnya dihargai oleh semua rakyat kerana keadaan itu bukan terjadi dengan sendiri sebaliknya merupakan hasil usaha pemimpin dahulu yang banyak berkorban untuk mencapai kemerdekaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rakyat negara ini beruntung kerana walaupun berbilang kaum serta agama, namun masih hidup aman dan harmoni tanpa ada gangguan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita mencapai kemerdekaan kerana perpaduan a rakyat pelbagai kaum. Oleh itu saya ingatkan semua hargai keamanan yang kita ada ini dan jangan gadaikannya.

"Sebab keamanan dan perpaduan inilah kita dapat hidup dengan keadaan sejahtera, orang ramai boleh menjalankan aktiviti harian mereka tanpa sebarang sekatan," katanya ketika berucap dalam majlis Penutup Karnival Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Menurut beliau, semangat perpaduan ini harus dipupuk dan diperkukuhkan demi untuk kebaikan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Berlainan fahaman politik tidak bermakna rakyat perlu bermusuhan. Tujuan dan niat kerajaan hanya mahu mewujudkan jalinan silaturahim yang menyumbang kepada kebaikan semua rakyat.

"Kejayaan kita pada hari ini merupakan hasil daripada usaha kerajaan sedia ada. Kita percaya dengan kepimpinan yang ada, kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan rakyat sepanjang masa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130209/wp_02/Hargai-keamanan-negara#ixzz2KPfYGYCP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment

BERIKUT ADALAH SENARAI BLOGGER PILIHAN PAHANG... MOHON KLIK UNTUK DAPAT BERITA TERBARU

Salam 1 Malaysia.. Berikut adalah sebahagian senarai blogger-blogger berorientasi politik dari negeri Pahang   Darul Makmur. Sila maklumkan blog tuan-tuan dan puan-puan melalui ruangan komen untuk ditambah senarai dibawah. Terima Kasih.



BLOGGER PILIHAN PAHANG
Semut HitamBrave-Heart
Unit Media Baru PahangPahang Ku
Kutukan DewataRapatkan Barisan
Inspirasi Remaja KiniWZWH
Sri Tri BuanaJawa Rangers
Aku Waris PahangPanglima Patin Hitam
Pemikir Politik JerantutNasionalis1982
Media BeraKisah Klasik Untuk Masa Depan
Borok Politik WehGegar Malaya
Cucu Salleh RimauUmno Bahagian Lipis