UMNO, UNTUK ORANG KERDAU

Sunday 10 February 2013


Nak Buat Hudud Main Teropong Jaa..

Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan mengadakan mesyuarat pertamanya  selepas penubuhannya diluluskan Oktober 2011 lalu, kata Pengerusinya, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata, ia bertujuan membentangkan draf hukum hudud yang dikaji jawatankuasa kepada pihak parti sebelum dibawa kepada kerajaan.

“Ini mesyuarat pertama, selepas kita siapkan semua draf dan ahli jawatankuasa juga menerimanya, kemudian kita akan bentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).”

“Jika diterima kita akan terus adakan mesyuarat,”

Jawatankuasa itu juga bertujuan menentukan bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 bakal digazetkan untuk pelaksanaan serta penentuan semua perkara berkaitan seperti pelantikan hakim. - katanya kepada media selepas melancarkan Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Negeri Kelantan (e- Tegar) di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim di sini, kelmarin.

Ahmad berkata, tarikh mesyuarat masih belum diputuskan lagi namun ia akan diadakan secepat mungkin.

Jawatankuasa yang dianggotai 19 ahli dari kalangan profesional itu bertujuan mengkaji kemungkinan membawa kepada pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Jawatankuasa itu disertai oleh:-
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah;
Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad;
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad;
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Che Rahim Jusoh dan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

0 comments:

Post a Comment

BERIKUT ADALAH SENARAI BLOGGER PILIHAN PAHANG... MOHON KLIK UNTUK DAPAT BERITA TERBARU

Salam 1 Malaysia.. Berikut adalah sebahagian senarai blogger-blogger berorientasi politik dari negeri Pahang   Darul Makmur. Sila maklumkan blog tuan-tuan dan puan-puan melalui ruangan komen untuk ditambah senarai dibawah. Terima Kasih.



BLOGGER PILIHAN PAHANG
Semut HitamBrave-Heart
Unit Media Baru PahangPahang Ku
Kutukan DewataRapatkan Barisan
Inspirasi Remaja KiniWZWH
Sri Tri BuanaJawa Rangers
Aku Waris PahangPanglima Patin Hitam
Pemikir Politik JerantutNasionalis1982
Media BeraKisah Klasik Untuk Masa Depan
Borok Politik WehGegar Malaya
Cucu Salleh RimauUmno Bahagian Lipis