UMNO, UNTUK ORANG KERDAU

Sunday 10 February 2013


Tunku Aziz - "Rasuah dalam DAP cukup teruk, fitnah tersangat kuat”. Datuk Ariff Sabri Bila Nak Keluar DAP.


Oleh: HHalem.

Siri jelajah Tunku Aziz bertajuk “The Days When We Were in DAP”.

Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat :-
DAP adalah pengamal rasuah paling dahsyat dan diakui oleh empat bekas ahlinya apabila mengambil keputusan untuk melancarkan siri ceramah bagi menjelaskan alasan mereka keluar dari DAP.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, rasuah adalah amalan yang diamalkan di dalam parti itu sedangkan pemimpin DAP sendiri asyik memperjuangkan anti rasuah.

"Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu. Ini antara sebab utama selain saya tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan Pakatan Rakyat(PR)”.

"Perhimpunan BERSIH itu bagus tetapi apabila mereka melanggar undang-undang, itu yang buat saya tidak bersetuju,"

"Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja”

"Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat. Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,"

Tunku Aziz juga turut mendedahkan perkara yang memang diketahui ramai iaitu Kit Siang menjadikan parti itu sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam pentadbiran parti itu.
  
Hakikat setakat ini ialah Tunku Aziz bukanlah ahli politik Umno, tetapi pegangan beliau ketika ini ialah memberi sokongan kepada transformasi yang dibawa oleh Najib.

"Paling penting bagi ketika ini, adalah untuk menyedarkan rakyat terutamanya tentang keperluan mengundi dengan bijak, berdasarkan pertimbangan paling wajar. Ini kerana, peluang mengundi hanya diperoleh setiap lima tahun.”

"Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang," 


Penulis percaya sesiapa yang pernah berurusan niaga dengan sahabat China (termasuk DAP Komunis mahupun MCA), mereka tidak akan ragu-ragu menyatakan bahawa orang China lah paling banyak memberi rasuah.

Untuk kita (termasuk Tunku Aziz) tidak menyedari hal ini dan mempercayai bulat-bulat DAP-bebas-rasuah adalah satu perkara yang amat mustahil dan pelik.

Walaubagaimana pun kelebihan bagi Tunku Aziz pula ialah beliau berani singgah kedalam rumah DAP dan melihatnya dengan mata kepala beliau sendiri untuk menceritakan kepada orang ramai secara first-hand.

Akibat dari itu, DAP sudah tentu akan serik untuk mengambil ahli-ahli Melayu ke jawatan tertinggi kedalam DAP. Dasar untuk menarik dan mengumpan orang-orang Melayu kedalam DAP telah back-fire dan memakan diri kerana pendedahan Tunku Aziz.

Seperti dikatakan sebelum ini bahawa masuk-keluarnya Tunku Aziz adalah satu hikmah kepada kita, Umno-BN.


Datuk Ariff Sabri Bila Nak Keluar DAP? :-
Malahan kita sedang menunggu dengan begitu teruja dan tindak balas daripada Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz dan Aspan Alias mengenai apa yang mereka sedang lihat didalam rumah DAP sekarang. Adakah mereka suka dan sedang enjoy?

Jika mereka keluar DAP dengan sumpah seranah, seperti Tunku Aziz, maka sekali lagi ia akan menjadi hikmah kepada kita, kerana semuanya akan dibongkar mengenai perkara-perkara yang telah kita sedia maklum dan ariff sebelum ini.

Jika tidak, mereka tetap menjadi bahan sumpah seranah oleh orang-orang Umno-BN dan dilihat sebagai pembelot. Ini adalah kerana mereka sampai ketahap sekarang dan apa yang mereka ada dan kecapi sekarang, adalah hasil usaha mereka sendiri semasa didalam Umno. Tentu ibubapa mereka, jika masih ada, sedang bersedih sekarang kerana mengenangkan bantuan yang telah diterima semasa zaman sekolah dahulu.

Itu saja, mudah untuk difahami !

0 comments:

Post a Comment

BERIKUT ADALAH SENARAI BLOGGER PILIHAN PAHANG... MOHON KLIK UNTUK DAPAT BERITA TERBARU

Salam 1 Malaysia.. Berikut adalah sebahagian senarai blogger-blogger berorientasi politik dari negeri Pahang   Darul Makmur. Sila maklumkan blog tuan-tuan dan puan-puan melalui ruangan komen untuk ditambah senarai dibawah. Terima Kasih.



BLOGGER PILIHAN PAHANG
Semut HitamBrave-Heart
Unit Media Baru PahangPahang Ku
Kutukan DewataRapatkan Barisan
Inspirasi Remaja KiniWZWH
Sri Tri BuanaJawa Rangers
Aku Waris PahangPanglima Patin Hitam
Pemikir Politik JerantutNasionalis1982
Media BeraKisah Klasik Untuk Masa Depan
Borok Politik WehGegar Malaya
Cucu Salleh RimauUmno Bahagian Lipis