UMNO, UNTUK ORANG KERDAU

Sunday 10 February 2013

Maglin Dennis D'Cruz


PETALING JAYA - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan memperhebatkan usaha menggalakkan pengundi keluar mengundi beramai-ramai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU), kata Timbalan Menterinya, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

"Apa yang kita fokus kali ini ialah betapa pentingnya orang awam di luar sana supaya keluar mengundi kerana PRU kali ini dilihat sebagai PRU yang amat penting kepada masa depan negara," katanya.

Beliau berkata kementerian telah memulakan langkah memberi penerangan kepada orang awam mengenai kepentingan mengundi sekali gus menyeru mereka yang layak
mendaftar sebagai pemilih melalui risalah, media cetak dan elektronik.

Usaha memberi penerangan mengenai PRU kepada masyarakat akan diperhebatkan menjelang pembubaran Dewan Rakyat bagi memastikan peratusan pengundi yang keluar mengundi adalah di tahap paling maksimum, katanya.

"Kita akan perhebatkan usaha ini terutama melalui media elektronik seperti TV dan radio untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengundi," kepada pemberita selepas menyertai majlis sambutan Ponggal dan Tahun Baru Cina

Bersama Rakyat Parlimen Kelana Jaya di Subang Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, D'Cruz memuji sikap rakyat Malaysia yang cukup terbuka dan sanggup mengenepikan soal kaum dengan bersama-sama menyambut perayaan pelbagai
kaum negara ini.

"Ini membuktikan bahawa gagasan 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diterima masyarakat negara ini," katanya.

Program tersebut dianjurkan Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Kelana Jaya dengan kerjasama KPKK. Turut hadir Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

BERIKUT ADALAH SENARAI BLOGGER PILIHAN PAHANG... MOHON KLIK UNTUK DAPAT BERITA TERBARU

Salam 1 Malaysia.. Berikut adalah sebahagian senarai blogger-blogger berorientasi politik dari negeri Pahang   Darul Makmur. Sila maklumkan blog tuan-tuan dan puan-puan melalui ruangan komen untuk ditambah senarai dibawah. Terima Kasih.



BLOGGER PILIHAN PAHANG
Semut HitamBrave-Heart
Unit Media Baru PahangPahang Ku
Kutukan DewataRapatkan Barisan
Inspirasi Remaja KiniWZWH
Sri Tri BuanaJawa Rangers
Aku Waris PahangPanglima Patin Hitam
Pemikir Politik JerantutNasionalis1982
Media BeraKisah Klasik Untuk Masa Depan
Borok Politik WehGegar Malaya
Cucu Salleh RimauUmno Bahagian Lipis