UMNO, UNTUK ORANG KERDAU

Sunday 10 February 2013



KOTA BHARU - Kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat terus mengundang pelbagai reaksi rakyat negeri ini yang diterajui Pas, sehingga ada berpandangan parti itu perlu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan meneruskan kesinambungan politik sebagaimana sebelum wujudnya pakatan itu.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff bercakap atas kapasiti rakyat negeri ini, menyuarakan pandangan agar Pas tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kebaikan ahlinya.

“Jangan mengharapkan DAP dan PKR untuk membantu kemenangan Pas.

“Pas mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bergantung kepada pihak lain untuk menawan hati rakyat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Nik Sapeia berkata, sudah tiba masanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan tersebut dan bersatu padu.

“Umat Islam perlu disatukan, perbezaan fahaman tidak sepatutnya menjadi halangan untuk penyatuan sesama kita, tambahan sejarah membuktikan penyokong Pas sebelum ini pun berkesudahan dengan bersatu semula,” katanya.Menurutnya, perjuangan politik hanya untuk dunia semata- mata, sedangkan kita menuju akhirat yang kekal
.

0 comments:

Post a Comment

BERIKUT ADALAH SENARAI BLOGGER PILIHAN PAHANG... MOHON KLIK UNTUK DAPAT BERITA TERBARU

Salam 1 Malaysia.. Berikut adalah sebahagian senarai blogger-blogger berorientasi politik dari negeri Pahang   Darul Makmur. Sila maklumkan blog tuan-tuan dan puan-puan melalui ruangan komen untuk ditambah senarai dibawah. Terima Kasih.



BLOGGER PILIHAN PAHANG
Semut HitamBrave-Heart
Unit Media Baru PahangPahang Ku
Kutukan DewataRapatkan Barisan
Inspirasi Remaja KiniWZWH
Sri Tri BuanaJawa Rangers
Aku Waris PahangPanglima Patin Hitam
Pemikir Politik JerantutNasionalis1982
Media BeraKisah Klasik Untuk Masa Depan
Borok Politik WehGegar Malaya
Cucu Salleh RimauUmno Bahagian Lipis